15 September 2009

SUNYI JAK OPIS ....

Dah dekat mok raya tok, makin berkurangan populasi di opis. Ada yang dah cuti, ada yang menunggu mau bercuti, ada yang gi shopping, ada yang sibuk dengan biskut dan kek, ada yang sibuk update Blog & Facebook, ada yang mau balit kampung, ada yang menjahit baju....hehehehehe. Tapi, jelas di raut muka masing-masing yang mau beraya, hepi hepi jak. Baguslah......

Next week lagilah sunyi. Tinggal sorang dua aja jaga opis....Tapi x apalah, tok lah peluang rilek, mengemas meja dan fail, meng-update kerja yang terbengkalai and banyak agik lah mau polah. Selamat Bercuti..........sik sabar mau tunggu Jumaat. Nak gi sine ohhhh cuti tok...gi piknik...BBQ, balit Kanowit .....entahla. Just wait and see....

10 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua kekawan yang menyambutnya. Semoga lebih diberkati dan bergembira disamping keluarga, insan tersayang dan rakan-rakan.

09 September 2009

MACAM SEKDA APA-APA, TAPI MEMBUNUH

Batuk, selesema dan kemudiannya diserang demam. Mungkin itu satu rangkaian penyakit yang sangatsinonim. Benarkah begitu dengan situasi kini? Virus selesema babi influenza A (H1N1) semakin hebat menular dan sesiapa pun di antara kita punyai risiko menghidapinya. Kedatangan musim sejuk di hemisfera selatan dan kemelut jerebu yang dialami di Malaysia kini turut menjadi faktor virus influenza A (H1N1) ini merebak dengan cepat. Jika anda ada simptom-simpton di atas, sila berjumpa doktor anda dengan kadar SEGERA. Take care.

PENGALAMAN DAN PERJALANAN

Sepanjang 2 tahun 5 bulan bekerja di Jabatan, pengalaman dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti utama Jabatan adalah satu pengalaman dan aset yang amat BERNILAI. Melalui program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2007, saya telah menjelajah seluruh Sarawak membawa Jalur Gemilang dan bermesra dengan masyarakat setempat . Dari Limbang/Lawas , singgah di Brunei hinggalah ke Kuching menaiki kenderaan pacuan roda. Hebat. Semasa pelancaran "wayang pacak" a.k.a Layar Bestari di Kapit pada Oktober 2008, telah memberi peluang kepada saya kayo-kayo di bandar Kapit. So, rasa bertuah lah, saya telah menjelajah Sarawak dari Utara ke Selatan dalam tempoh tersebut. Pengalaman yang amat menarik . . . . di sia lah kita dapat nanga setakat ne pembangunan Sarawak perlu ditingkatkan.

My DREAM Car

There's noting wrong to dream...right? We never know, God might listen to our heart. Then, one day, this gorgeous car will be mine. Amen.

KURSUS MEM-BLOG

8 hingga 9 September 2009 ......seramai 20 orang kekawan memerah otak membuat blog. Macam-macam nama blog kekawan ni.....hehehehehe, yang lucu namanya pun ada, yang menakutkan pun ada, yang ada resepi pun ada, yang panjang pun ada, ada yang tak keluar bloqnya pun ada....serba serbi lah. Semua kelihatan "khusyuk" dan tekun dengan blog masing-masing. Keseluruhannya, bestlah kursus ni, cikgunya baik.....lemah lembut bila mengajar. Yang "kurang" bestnya ialah...... kolej ni banyak memblok pelbagai website yang menyebabkan sukarlah kami hendak mendownload beberapa gajet. So, blog kami ni tak lengkaplah isian gajetnya. Tapi, takpe lah, yang penting, asas membuat dan mencantikkan blog, kami memang KREATIF DAN INOVATIF. Tahniah kepada semua kekawan yang terlibat dalam kursus ni. Esok, turn kekawan yang lain termasuklah beberapa orang KPP yang akan menunjukkan skil.....hehehehehehe. En.Zaini ???? Apa nama blog kitak bos?

08 September 2009

1 MALAYSIA . . .

16 September 2009 . . . . adalah Hari Malaysia yang ke 46. Tahniah kepada semua pemimpin negara yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Bersyukur saya sebagai rakyat Malaysia dan bangganya sebagai anak Bumi Kenyalang.

16 Ogos 2009, dianggarkan hampir 5000 orang telah berkumpul di Kompleks KPSU Sarikei memeriahkan sambutan Kempen Jalur Gemilang dan Perhimpunan Semarak Merdeka 1 Malaysia. Upacara telah dirasmikan oleh YB Datuk William Mawam anak Ikom. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Sepakat Bestari anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei, Larian Merdeka Komuniti Bestari, penyerahan Replika 1 Malaysia kepada kerajaan Negeri Sarawak, persembahan Pentarama dan sebagainya. Perpaduan 1 Malaysia jelas terpapar dalam pelaksanaan aktiviti yang telah dianjurkan.

THE RETURN . . . .


8.9.2009 . . . . .What a great feeling to be back here............... Still look the same but nicer and well improved classroom. It's great. Refreshing my memories and greatest moments with my ex-studets when I was a lecturer here. A good xperience .........which remain deep in my heart.

WARNA WARNI KEHIDUPAN


Kehidupan ini penuh warna warni........ Indah dan menarik. Tetapi boleh juga menjadi warna yang tiada warna juga, tapi masih berwarna.... Kalau kita happy, warnanya terang, boleh jadi kuning, kalau kita sedih terasa gelap, warna boleh jadi hitam atau kelabu, kalau kita bercinta, pasti ramai yang suka warna pink, kalau kita marah, muka pun jadi merah, kalau takut, muka jadi pucat keputihan kekuningan. So, terpulang kepada kita untuk mencorakkan warna apa dalam kehidupan harian masing-masing............

BEAUTIFUL LIFE


Life is beautiful when u can see everything surrouding u is amazingly beautiful and u feel beautiful.