
16 Ogos 2009, dianggarkan hampir 5000 orang telah berkumpul di Kompleks KPSU Sarikei memeriahkan sambutan Kempen Jalur Gemilang dan Perhimpunan Semarak Merdeka 1 Malaysia. Upacara telah dirasmikan oleh YB Datuk William Mawam anak Ikom. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Sepakat Bestari anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sarikei, Larian Merdeka Komuniti Bestari, penyerahan Replika 1 Malaysia kepada kerajaan Negeri Sarawak, persembahan Pentarama dan sebagainya. Perpaduan 1 Malaysia jelas terpapar dalam pelaksanaan aktiviti yang telah dianjurkan.
No comments:
Post a Comment